top of page

3 tips Ajak Isteri Bersama

3 CARA MENGGODA ISTERI TIDUR BERSAMA DENGAN LEBIH KERAP

Bagaimana hendak menggoda isteri anda untuk melakukan hubungan seks lebih dari sekali seminggu?

Kehendak seks wanita berbeza dengan seorang lelaki. Lelaki boleh melakukan seks dengan sesiapa sahaja jika nafsunya di rangsang. Nafsu lelaki senang terangsang jika seorang wanita yang cantik menggodanya, tambahan lagi jika wanita tersebut berbogel di hadapannya. Berbeza dengan wanita, wanita tidak mudah terangsang walaupun seorang yang kacak berbogel di hadapannya.

Wanita melakukan seks kerana cinta. Untuk merangsang wanita, anda perlu pandai menggoda pasangan anda dengan cinta anda. Ada wanita yang menganggap seks adalah sesuatu janggal dalam kehidupan walaupun ia memberi kepuasan puncak kepada mereka. Jadi, untuk mengubah sikap isteri anda yang dingin ini, anda perlu pandai menggoda isteri anda. Lebih kerap hubungan seks antara anda berdua, lagi sukar untuk anda berpisah. Lakukan hubungan seks kerana cinta bukan kerana nafsu.

Jadi, apa yang anda boleh lakukan untuk menggoda isteri anda?

Berikut adalah tiga teknik untuk menggoda isteri anda.

1.Menggoda isteri dengan percakapan.

Mulakan dengan puji-pujian. Jika anda mahu melakukan hubungan seks pada malam hari, anda perlu menggoda isteri anda dari pagi lagi. Puji kecantikan isteri anda. Bisik pada telinga isteri anda dengan kata-kata cinta dan pujian. Cakap dengan nada yang perlahan tetapi cukup kuat untuk isteri anda dengar.

2.Memegang mesra isteri anda.

Sentiasa peluk isteri anda dengan perlahan. Beri kejutan seperti memeluk dari belakang, kemudian mecium rambut dan tengkuk isteri anda. Sentiasa meraba-raba isteri anda seperti ketika isteri sedang berjalan ke dapur, anda pegang punggungnya sambil memuji isteri anda. Jangan malu untuk menggatal dengan isteri anda kerana inilah antara nikmat berumah tangga yang tidak patut anda lepaskan.

3.Memandang dengan penuh rasa cinta.

Walaupun anda sudah lama berkahwin, isteri anda masih lagi tidak boleh melawan jika anda memandang tepat pada matanya. Mereka mudah tergoda dengan lelaki yang mereka cinta. Sentiasa bermain mata dengan isteri anda walaupun anda sudah lama berkahwin. Mereka akan malu-malu dengan anda kerana sebenarnya apabila isteri yang sudah berkahwin dan mempunyai anak, mereka merasakan mereka sudah tua dan rendah diri.

Jadi, apabila anda mula atau sentiasa menggoda isteri anda, isteri anda akan rasa lebih sayang pada anda. Apabila bertambah sayang, maka peluang anda untuk bersetubuh adalah lebih tinggi.

Isteri anda perlu di goda untuk mengajak mereka bersetubuh. Isteri gembira apabila selalu di goda dan mungkin mereka pula yang akan menggesel-gesel dengan anda untuk melakukan hubungan seks. Sikap isteri yang dingin boleh di ubah dengan cara menggoda mereka.

Next post 🏣 ;

[Hot Tips!!!!!! Senaman Lelaki TERBAIK]

Admin

0123387300

Http://hzaini76.wixsite.com/sadoeman  

bottom of page